Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Mister Linky for geng BW

Since my mister linky ada problem then i had to start a new one.
The new one is up...so yang selalu BW kat blog aku masukkan ler letak link korang yer...
BUT...pls..
1) make sure you all type the right link of your blog. Kindly recheck the spelling
2) I take it as commitment to BW
3) Only put your link once!
4) Make sure there is shoutbox in your blog
5) No youthsays link or marketing tools web
6) Only for blog!

Bukan apa, ada blogger yang letak link tapi wrong spelling. Susah ler aku nak type pulak n search link yang betul.
Ada yang sekali letak link terus tak walking sini eventhough aku dah jejak ke blog diorg berkali-kali. Tak baik ler camtu..
Jgn ler letak link byk2 yer...sekali cukup ler...insyaallah aku terjah...kalau sempat tiap2 hari..
kalu tak, few time per week pun ok lah tu

Ok lah...selamat meletakkan link korang.

Monday, September 27, 2010

What's in my bag???

Ceewahh..cam celebrities lah plak.
Aku pun nak bagitau gak apa korang akan jumpa kalau selongkar beg aku...kekeke

Basically i won't leave house without:




1) Purse
2) Alesya's handkerchief
3) Baby wipes
4) At least one pair of dress for Alesya
5) My ring sling
6) Alesya's headband
7) Travel toiletries set

Not in photos,

My handphone (coz i use to take the photo)
Disposable diapers
House keys

Dulu...bawak purse and handphone jer. Skang sumer kena bawak. Ni utk kuar jenjalan jer. Kalau overnite...habih tilam n bantal sumer kena bawak...
Hubby? Kunci keta, wallet and hp jer dlm poket. Senang kan guys

Look who's talking

"Macam bagus jer cikgu disiplin tu syarahkan kiter sebab merokok dlm tandas...aku nampak dia pun smoking gak ari tu kat kedai mamak. Tak kisahlah dia umur baper....macam dia bagus sgt"

"Anak pak imam yang sorang tu nampak cam hancuss jer kan. Anak pak imam lagikan teruk...so aku tak kisahlah kiter camni"

Macam familiar jer kan ayat2 ni...Ayat2 di mana kita selalu bandingkan situasi kita dgn org lain sebagai tiket utk kita buat salah or...kita salahkan org lain yang cakap tak serupa bikin supaya kita boleh buat kesalahan yang sama...

Actually ni cuma peringatan utk diri aku sendiri....Bila ada kawan yang masih buat salah selepas ditegur oleh orang lain..aku cuma rasa...

Jgn lihat siapa yang berkata...cuba lihat apa yang dia kata. Jika kata-kata org tu utk kebaikan kita, tak salah utk kita ikut. Undang2 dalam agama baik untuk kita...wajib kita patuhi. Undang2 negara untuk kebaikan dan keharmonian...kita kena ikut.

Bukan apa...kalau lihat siapa yang berkata...sampai mati pun kita takkan jumpa manusia yang sempurna...sebab semua manusia ni berdosa. Lainlah kalau nabi...nabi maksum.

Hmm...utk kawan aku yang masih muda remaja.......jiwa memberontak tu memang biasa. Muda memang sekali so gunakan ia sebaik-baiknya.

Pesanan ikhlas dari aku yang tak berapa baik pencapaian semasa muda. Tapi ingat!!! Lihat apa aku kata bukan lihat diri aku yer...hahhahah

Thursday, September 23, 2010

She's turned 8 months and I'll be 30

Title explained it all kan???
Alesya turned 8 months yesterday. Owh...how time flies.
How her progress??
- Exploring whole house now. Will move in her walker from kitchen to bedroom. She will open drawers, hide under dining table..heheh
- Know how to do smelly face expression
- Not yet crawl, but going to...soon.
- Eat no baby cereal nor biscuits. Only home made porridge. Erm..

I dunno her current weight as her next check up will be on next month however i see that she doing fine. Good appetite. Yeah...she bring cheers to our life.

Huhuhu...today will be the last day for me in my 20's. Will turned 30 tomorrow.
Age is just a number right?? (i'm in denial mode)

Tuesday, September 21, 2010

Halalkah makanan kita???

Obviously aku bukan orang yang layak nak bercakap hal nih. Tapi cuma berkongsi pendapat dan cerita.
Bila baca JAKIM kuarkan sijil halal utk mooncake aku teringat peristiwa setahun lepas....
*Flashback*
After kawin rasanya aku g Penang...shopping around then teringin nak mkn tau sa piah (TSP) (used to eat this since i was 10 yrs old with my BFF then).

Stop at one stall then make a bargain. Dpt less RM2 per box kalau tak silap. Then noticed uncle nih transfer TSP frm one box (different brand) to another box before pass to us. Make me wondering..Then hubby asked what actually he been doing. To our surprised, he informed yang kalau transfer to boxes without 'halal' logo, it will be RM2 cheaper. However, contain remained the same..which mean with or without logo same TSP cuma beza logo kat kotak jer.
Memang apek tu tak prihatin regarding halal matter nih...poyo kan. Tapi, korang pk balik...dia non muslim, tak prihatin tu memang bukan salah dia. Yang muslim ni ler kena cari and jaga halal haram makanan. Tul tak? Kalau tak samalah kita ngan apek tu.
Hmm...
Tapi aku rasa JAKIM skang dah ada peningkatan skit. Diorg pun dah bangkitkan isu yang ada makanan tidak halal dihidangkan ketika buffet berbuka puasa.
Kalu korang g web diorg...blehlah baca....tajuk2 cam ni...
TOKONG DI DAPUR - HARIAN METRO 18/8/2010
Bufet berbuka sos alkohol 18 Ogos 2010
TOKONG DI DAPUR - HARIAN METRO 18/8/2010


dan jugak boleh ke direktori halal utk cari restoran yang diiktiraf halal. 
Ingat yer, restoran halal bukan yang pork or lard free jer. Or tak serve alcohol dah kira halal. Kalau tak der tanda halal jakim tak yah lah masuk yer sahabatku. Sebab kita tak tau ayam disembelih ke tak...ada masuk wine ke makanan or sos tu. Or apa-apa jer lah


Bukan apa, makanan tu kan jadi darah daging kita. Kalau makan yang haram nanti hati jadi gelap. Susah nak masuk ilmu..susah nak terima kebaikan yang diajar.


wallahualam. sekadar berkongsi kisah...nak tau lagi lanjut halal haram korang korek ler kat blog orang yang selayaknya...hehehhe





Monday, September 20, 2010

Hari raya 2010

Salam 11 Syawal
Dah balik KL pun after celebrating raya at my hometown..mana lagik...di BALING, KEDAH ler
Raya was fine...Obviously enjoying my first raya after being a mum...
So normal life pun bermula after raya
Growing Alesya need my attention
And my blog too need new touch..
oh! how i wish i got 25 hours a day..
So many things in mind.
to share with all u guys
will start writing tomorrow
bcoz after this short entry..i'm going for
blogwalking...hehhe...

Saturday, September 4, 2010

Mana menghilang???

Yeah...it has been ages since my last entry post. Biar betul...mana menghilang nih???
Hmmm...
Sebenarnya aku memang dah lama tak online
Blog sendiri pun tak terbukak
Apa lagi nak buat entry
However, thanks to kawan2 yang still sudi menziarahi blog nih
walaupun sepanjang ketiadaan aku...aku hargai kunjungan korang
Apa perkembangan Alesya......
1) Dia dah pandai jln2 dlm 'walker'
2) In progress nak crawl
3) Dah ada SSC...yeay...snuggbaby (nanti aku review ok)
4) Tak mkn bijirin segera...mkn bubur nasik homemade jer...

So, aku akan cuba meng update blog daily and to blogwalking jugak..

Friday, August 13, 2010

One day that changed my life

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.


Secepat mana hidup boleh berubah? Dalam sesaat saja kan...semuanya pinjaman dan boleh diambil bila-bila sahaja.
Hidup boleh berubah dgn satu senyuman, satu sms, satu panggilan...

Apa kaitan???

Gimik jer kot...Just aku kat hometown skang nih. After 5 hours journey..Yer lah, naik bas siot.
Dgn beg besar plus beg galas bahu plus Alesya.
Sib baik aku babywear Alesya.
Dlm bas aku selimutkan my little gurl. Tidur all the way cuma tak selesa jer kot

Dah sampai adik aku jemput senyum jer si Alesya.
Berkenan tul dia ngan acu dia yang sorang nih
In fact aku tinggalkan dia ngan Acu dia on our last trip to hometown pun dia nangis kejap jer
Aku n mak aku g membeli belah di town

Tapi dia tingat kat daddy dia tu..
Anak dan ayah kan...

So kalau korang pun tingatkan daddy/ayah/abah/papa korang
layan ler lagu di bawah ni yer
heehhee











Monday, August 9, 2010

Ahlan ya ramadhan 1431H

Salam ramadhan...
Cepat masa berlalu, ramadhan datang lagi...
So, aku ambik kesempatan ni utk ucapkan
'selamat menjalani ibadah puasa' to all u guys...
moga ramadhan ni memberi lebih keberkatan pada kita semua
moga kita dpt jalani ibadah tahun ini dgn hati yg lebih kusyuk dan tawadduk
moga kita dpt keampunan dan keredhaan dr Allah...

Juga, aku ambik kesempatan utk mohon maaf kat korang semua
dlm berblog mungkin ada entry yang menyinggung rasa
aku cuma manusia...kadang2 emo...so aku harap korang tak simpan di hati lah yer

mungkin ini ramadhan terakhir kita..
rebutlah peluang selagi ada
moga kita semua diberikan kemudahan olehNya
utk beribadah dibulan mulia ini

Ahlan ya ramadhan...

Wednesday, August 4, 2010

Tolong! Aku byk hutang

Aduh....aku sentiasa sedar yang aku byk hutang
tapi masa memang mencemburui aku...
walau anak baru sorang...
tapi, byk gak ler komitmen aku
bgn pagi..buat breakfast hubby
cuci baju, buat bubur alesya
breakfast, sidai baju, masak lunch
mandikan alesya, bg dia mkn
dia tdo aku lak mkn
ptg angkat kain, lipat kain..
dah mlm
cuci pinggan mangkuk itu ini
dah masa tdo
cepat tul masa berlalu
dah akhir zaman ek
tu blm kira xtvt blogging, blogwalking..
camna tu?

jadi utk
ana-mardhiah  & che wa - nanti aku ambik award kat blog korang k
lynn & hidayah - contest yang tag aku tu, akan aku join secepat mungkin

sorry yer kepada pemiutang ku...
akan cuba kulangsaikan secepat yg kuterdaya

Aku dan si pemotong ayam

Last week aku g membeli belah stok sebulan brgn rumah. Week gaji kan...
Mcm biasa segala keperluan aku borong sebab hubby jenis bagi chance sebulan sekali jer utk dry stocks. Kalau lupa apa2 jgn harap nak suruh dia beli yer...wet things oklah dia leh g market sorang2 membeli belah as per checklist...
Ok, balik kepada cerita aku di hypermarket nih...aku sorang jer yang shopping, Alesya n daddynyer berjln2 di tempat lain. Tak kuasa nak ikut aku lah tu...
Pusing2 tolak troli, sampailah ke bahagian ayam...Pilih sekor n timbang...mamat penimbang ni letak sticker harga then tanya nak potong camna. Aku tanya buang kulit boleh tak? Dia ckp tak bleh. Aku senyum dan angguk. Selalu beli kat pasar memang boleh buang kulit..senang jer aku tgk diorg buat..sebab aku memang prefer skinless chicken.
Si Pemotong Ayam (SPA) borak ngan kawan dia n tiba-tiba ckp c**** buang kulit. Terkejut aku...aphal lak. Tetiba jer sound aku..aku malas nak mulakan pergaduhan. Diam jer lah. Bleh jer nak sound kalau tak respect aku as customer pun respect lah as kakak..ah lantak kau lah
SPA tanya, camna nak potong ayam ni? buang kulit bleh? Cepat jer aku jwb, potong kecik yer..disertai senyuman paling manis ala-ala jennifer aniston. SPA angguk dgn wajah kosong.
SPA berambut spiky ku tenung..ada style, muda..awal 20-an pastinya...tapi tuturkatanya...
Tetiba dtg lagi kwn SPA tanya ada berani nak lumba lepas keje
SPA menyambut berani dgn syarat enjin standard EX5..setelah berbincangn dgn perbualan kasar dan penuh kata-kata censored..perlumbaan tak jadi sebab kawan SPA dah modified enjin
SPA akan modified dgn gaji bulan ni...jadi perlumbaan ditangguh bulan depan

kawan spa: bulan depan puasa beb..lepas raya ah
SPA: puasa? Apa hal? Nak mampus, mampus jugak..puasa ke tak apa peduli?

ku ambil ayam...ku tinggalkan SPA dgn doa...moga dia diberikan hidayah olehNya
Sebab dah ramai melayu kaki rempit, buang anak, dadah dan sebagainya
SPA masih muda...jalan masih jauh...muda hanya sekali moga tidak disia-siakannya

Sunday, August 1, 2010

RM2000 per month from home

Nak ke RM2000 sebulan hanya berkerja dr rumah?
Nak tahu caranya?
Hmm...
Kalaulah aku tau..mesti best..hahha
Bukan nak tipu, tapi aku dpt email ajak join program nih dan siap ada prove maybank2u lagi
duit masuk tanpa henti2
isykk...
syok lah kalau mcm tu kan
TAPI kena byr plak RM300
kang duit keluar jer masuk tak jugak
Gambar txn m2u bleh edit ek?
Cam kawan aku edit payslip tu...ops
cam ori aku tgk
testimonial?
tak kisah..sapa2 pun bleh tulis apa2 kan
SO...tak der cara mudah lah yer nak dpt duit dr umah?
nuffnang?? RM1/week jer aku dpt
youthsays?? kalau byk org klik ader lah
camna lai ek??

apa kata korang komen...utk berkongsi rahsia atau cerita

Thursday, July 29, 2010

Weekend 30 Jul - 1 Aug 2010

Again....
How to spend our weekend. Some suggestion..

1) Sempena Hari Pahlawan 2010, Masjid Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 2/2010. Kepada mereka yang berminat dan prihatin untuk membuat kebajikan dengan menderma darah, boleh hadir ke Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada Hari Jumaat, 30 Julai 2010 (Jumaat) bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Harap maklum.

2) Festival Kuala Lumpur 2010 still berlangsung. Yang minat teater, persembahan muzikal etc bleh check schedule kat sini


3) Kalau jalan-jalan area Kajang ada fiestakajang. Nak tau lebih lanjut klik ler sini

4) Shopping baby item?? Ader...tgk sini






Tapi, aku teringin nak g sini


hmm....ntah2 dok umah jer...

Tuesday, July 13, 2010

Homemaker: A profession

There's an episode in Desperate Housewife (yes! i'm a tv-drama addicted), when Bree Hodge said, i'm working, i'm a housewife....Yes! they take it as profession.
So, kalau housewife nih profession..i'm a full timer. Ada yang part timer, ada yang weekly, ada yang every fortnight or ada yang just supervise.
In addition as a profession, ada yang pro, amateur, beginner or newbie.
What homemaker do?
Including and not limited to cooking, do the laundry, take care children, housekeeping and fixing things too.
Eventho homemaker play a big role in our life (of course to maintain our house so that we feel comfortable back to home after work!) but many do not appreciate this job. Yes, this the most infamous job in world and lowest pay too...
Yet, i still love my profession. I get opportunity to learn and get new experience, do what i love (spend time with Alesya of course) and sometime get tips (money i found in pants during laundry..heheheh). What else you need in your job right? It hard but i hope to upgrade myself too...You know to be a pro...whom a good cook (the type that can cook dim sum for breakfast, rendang for lunch, muffin and tart for tea and tosei for dinner), laundry? (oh..i pretty good at this..check all pockets/ zipper/ separate color/other special fabric inst), good nanny? (on my way)..fix thing?? (very far away from me.....) hahhahaha
Ok..whatever profession always remember to love your job and do it with your full heart.

info: If the homemaker is part of the family, a female homemaker is usually termed as housewife, and a male homemaker, a househusband.



Wednesday, June 30, 2010

All about numb3rs

Ohw...akhirnya berjaya kubuang semua bekas plastik tak bernombor dari rumahku. Alah...bekas2 plastik yang jenis sekali jer bleh pakai. Kadang2 simpan gak utk isian semula. Tapi, dgn tekad dan azam..semua dah dibuang.   Rasanya ada lagi yang kena buang cuma nak check satu-satu tak der masa..
And, before buang kena pastikan dulu ada pengganti..so kena kumpul duit untuk beli plastik berkualiti mesti suamiku fenin baca entry nih dan yang penting pastikan ianya 1,2,4,5 sebab


"The following plastics have no known health hazards:
Code 1: Polyethylene Terephthalate, or PET / PETE - selalunya utk bekas air mineral. Selamat untuk sekali pakai sahaj
Code 2: High Density Polyethylene, or HDPE - jarang digunakan untuk bekas makanan / minuman so tak yah pk ok.
Code 4: Low Density Polyethylene, or LDPE- selalu digunakan untuk bungkus makanan (pakai buang). Selamat digunakan tapi kalau kena makanan/minuman panas bhn plastik boleh meluntur dan mencemari makanan.
Code 5: Polypropylene, or PP"-selamat digunakan dan boleh masuk microvawe tapi kalau guna setiap hari bleh pakai selama 3 bulan jer.
3,6,7 patut dielakkan yer terutama si 7 sebab ada BPA.

So. mulai hari ini 1,2,4,5 no yang kena diingati...heheheh






Tuesday, June 29, 2010

Tips bukan peminat bola layan worldcup??

Aku memang bukan peminat bola / soccer nih...Tapi hubby aku memang takkan lepaskan peluang 4 thn sekali nih. Mula-mula bengang jugak sebab berebut channel tapi at last...aku join the club. Not because 'if you can fight your enemy then join them' tapi i start to enjoy the game...
Taktik2 hubby aku ialah:
* judi bola...hahah joking. Tapi aku n dia akan pilih pasukan masing2..then team pilihan yang kalah kena denda. sidai baju ke, g beli kacang kat kedai ke or cuci toilet..apa yang kitorang malas nak buat tu lah jadi sasarannya...heheh
* umpan ngan fakta perlawanan..cam nak tgk kalau pasukan asia leh kalahkan latin america or, game penting sebab nak masuk quarter final etc
* citer psal pemain laks...gaji paling mahal, dating with paris hilton ke or..player paling pandai ambik corner etc, paling handsome
* makanan - mula2 taim aku tak minat bleh lah umpan ngan pizza skang kacang or koci jer lah
* kawan - alamak kawan dtg umah...memang sah kena tgk bola tak leh bukak channel lain


tapi sebenarnya lebih kepada give and take lah. sib baik hubby jenis tgk world cup jer. kalau semua cup...memang aku akan cari tips supaya dia tgk suma series yang aku tgk...hehehhe

Monday, June 28, 2010

Cont: SAHM vs WAHM vs FTWM - pro and cons

Uh...penat tul terpaksa aku memikirkan psal hal nih. After doing some maths..

SAHM
Pros
- Can fully BF (directly)
- Take full care of my dotter 
- All house chores will be done by me
Cons
- No income

WAHM
Pros
- Stay at home and get income
- Still can BF and take care of my dotter
- Housework still can be done
Cons
-no fixed income
-idea of work at home??
-divided time between work/dotter/housework

FTWM
Pros
-Fixed income
-Sometime let Alesya stay with other people maybe better for me and her
Cons
- Non family member take care of Alesya..it hard to trust ppl
- Too tired t take care Alesya at nite..have to take turn with hubby
- Need to divide time between full time job / Alesya / Housework

Oh...things never been easy to me. I think i have to work out to be WAHM. But what work i can do at home yar??


SAHM vs WAHM vs FTWM

Fuh...fuh....achum...fuh...
Dah berabuk ek blog nih...almaklumlah...weekend aku balik kampung supaya Alesya bleh beramah mesra ngan tok, wan dan acunya. Walaupun sekejap tp kira ok lah tu...
Cam biasa..balik kg banyak lah pulak ceriteranya...satu hal psal status aku as SAHM (stay at home mother)
Actually keputusan aku untuk jadi SAHM nih memang keputusan aku sendiri tp taim tu disokong oleh mr. hubby. Mainly aku jadi SAHM nih sebab long working hour in my previous co. Everyday mesti balik after 7pm. Plus journey sometime kul 10pm baru sampai umah. Preggy time lak kan aku memang malas n penat giler so aku pujuk2 hubby..heheh...but aku plan nak keje after baby besar skit.
Skang Alesya dah 5 mths. Kenapa aku masih jadi SAHM? Hmm...aku rasa majority FTWM (Full time working mother) kalau diberi peluang nak jadi SAHM or WAHM (Work at home mother)kan? Sama lah jugak aku. Kalau boleh aku cam tak mao bagi org jaga Alesya. Maybe kalau dia dah 2 tahun n dah leh g nursery aku akan g keje kot. Sebab byk kes org jaga baby nih tak menjaga betul2. Kalau ambik maid pun sama gak.
Gaji hubby 'cukup' utk keperluan tp nak mewah tu...tak lah. Sebab tu kadang2 aku fikir jugak nak jadi FTWM tapi masih dalam pertimbangan. Pada aku WAHM memang lebih baik tapi apa kerja yang aku bleh buat dari rumah yer? Mungkin boleh jual barang skit2 thru blogshop..semua masih dalam pertimbangan
Mak aku obviously tak suka aku jadi SAHM nih. Hubby pun dah mula tanya kalau aku ada plan for future..dia tanya aku tak bosan ke kat umah...
So aku memang tgh consider of my status as SAHM nih. Patut kah aku tukar status ke WAHM or FTWM. Aku bagi alasan pada hubby tunggu 6 mths after Alesya dah start solid then aku akan consider to be WAHM@FTWM...
Bukan aku tak mao bina kareer tapi cam susah plak nak berpisah ngan Alesya lama-lama. Dilema sih...



Tuesday, June 22, 2010

Wanita kulit hitam terjun dari kondo aku

Oh this should be post yesterday..
Time aku tgh nak menjamah lunch yesterday jiran depan umah aku dtg nak meninjau sesuatu dr balkoni aku. Dah tgk dia ckp ada org jatuh n dah mati kat bawah. Terjun dr 8 floor. Aku rasa kalau aku buat post ni beserta gambar mesti bleh hit tp apakan daya punyalah penakut..sampai langsung aku tak tgk...nak kuar balkoni pun takut yesterday...hahahha. 
Aku tak tau lah apa masalah pompuan tu yang aku tau aku tak mao jln2 area G floor buat sementara waktu. Lagipun jiran aku bleh lepak2 kat umah aku time diorg nak bawak mayat tu then leh citer lagi secara details apa yang hancur dari badan..apa yang polis terpaksa kutip...hisy....
Skang aku fikir nak condo ke landed property? 

Friday, June 18, 2010

Hadiah hari bapa 2010

Apa patut Alesya bagi daddy dia ek utk father's day nih? Apa plak aku patut bagi ayah aku? Should we:
1) Bagi kad
-Daddy Alesya jenis yang baca kad, say thank and the card will remain in the same place forever. Impossible for him to bring to office or keep at his computer table. Look like he not appreciate eventho i think he do. So no card i guess unless he know how to make me feel appreciated.
2) Belanja mkn kat tempat kegemaran
-TGI, chilli's, Tony Roma's sound great as we love western food
3) Beli brg yang diorg perlukan
-wallet? pants? t-shirt?
4)Beli cute gift
-cute frame for family photo, key chain, mug
5)Handmade item
-kalau rajin sgt bleh kait mengait (sempat ke) atau apa-apa ikut kekreatifan and to have personal touch to the gift
6)voucher
-yer lah bleh bg voucher utk tempat2 yg kalau disuggest diorg taknak g cam hair treatment ke, spa etc
7)spend at home
-masak + beli kek then makan together2
8)tgk wayang
-maybe not lah sebab alesya kecik lagi

byknya cadangan..tapi aku rasa akan spend kat umah jer kot...hahhaha..sebab aku tgh mengumpul setiap sen utk membeli..

1)Bamboolite CD
RM54.00 - RM80.00
http://www.bamboolite.com

2) Pognae New Venice SSC
USD 84.99
details ada sini


iklan