Saturday, September 15, 2012

the black sun


Now dah second month Alesya been to kindy. Ok lah, dah pandai kaler2 even kuar dr box/garisan tp dia dah faham lah konsep kena warna dalam garisan and garisan tu as border.
This happen last night, bila aku ajar alesya buku ‘same and different’. Actually sebelah gambar matahari ni ada gambar circle so the different tak dak yang lingkaran cahaya (yg alesya kaler kuning – halfway tuh).

Alesya: mummy I wan colour this sun
Aku: ok. Take the orange
Alesya: no I don’t want
Aku: ok. So what colour do you prefer?
Alesya: black
Aku: why do you choose black?
Alesya: night ready mummy
Aku: oh yes. It’s night so sun black colour right. Very good Alesya.
Aku: What colour sun in the morning?
Alesya: Brown
Aku: hmmmm

Pastu daddy dia lalu tepi meja kami dok kaler

Daddy: eh alesya, sun SHOULD BE yellow
Aku: Tell daddy why your sun black colour
Alesya: Because night
Daddy: Oooo…Good!

Dari cara Alesya kaler ni aku tgk:
  1. Dia faham proses malam / siang (walau dia ingat matahari yang bertukar kaler..LOL)
  2. concentration nak kena improve lagi ni (tengok la separuh ja dia kaler cahaya kuning tu – pastu kaler lukisan lain plak)
  3. Dia tau dah perbezaan gambar (yg pen tu dia tanda gambar ni ada lingkaran cahaya – gambar sebelah yg aku x snap tu x dak lingkaran)

As we read from books kan, DON’T stop your child imagination. Let them imagine, explore, think and learn. Mistakes we tend to do
-          rambut mesti kaler hitam (padahal ramai kot rambut putih, kuning, blonde, oren )
-          daun mesti hijau (kalau musim gugur leh ja kuning/koko)
-          muka orang mesti coklat (malay ja kot coklat..pastu leh jugak kot org tu demam jd ungu, tertelan something jadi hijau….LOL)

So jom bila sampai rumah after work bagi anak kaler and enjoy your moment together..Wish to hear your child imagination too!

Thursday, September 13, 2012

Tips memilih tadika/kindergarten di Puchong (part 1)

Bila pindah ke Puchong Alesya refused to stay with new baby sitter. Dia kata the baby sitter beat her up. Tak sure how true the statement sebab bila tanya baby sitter tu she denied (of course she will) so, kindergarten hunting started.
Unfortunately tak banyak kindy yang accept her (we have been rejected) because she was 2.5 years and kebanyakan kindy cuma accept at 3 even she dah fully potty train. Luckily Tadika Cahaya Ria (Bukit puchong) accept her after screening. Mungkin sebab Alesya join playgroup di Gymboree that's why she quite independent kot. Yet, kindergarten hunting not yet end.
Siapa cakap mudah je nak pilih tadika? As early education ni important so we have write down few option for us to choose next year (when she is 3)

1. What do we want?
- of course lah kan as a parent kita dah ada planning for our childen. Either nak lebihkan pendidikan agama, matematik, english etc. As for us kami nak bagi Alesya belajar mandarin so we all make a list semua kindy yang ada mandarin.

2. System 
- Banyak kindy system. yang proven success, yang tak proven. tinggal nak pilih je. Dari segi material, buku, alat bantuan mengajar semua nih termasuk dlm sistem. 
after some reading and sorting aku dok fikir antara montessari, fungates and q-dees.

3. Facilities
- For sure we looking for excellent facilities. Yang well maintain punya kerusi meja, mungkin mainan2 mcm gelungsur etc. Yelah yg nk gi sekolah ni baru umur 3 tahun, belajar dengan bermain and learn with fun kan. Kalau dari luar tadika tu nampak hodoh tanak der aku...(heheheh)

4. Location
- Of course ni pun main peranan. Kalau tadika with good review and testimoni but bapak jauh dari rumah aku..tanak lah jugak. Kalau boleh either dekat rumah or on the way ke office boleh drop my little darling. Another thing me prefer kindy kat housing area compare to commercial area. Ni due to parking, safety etc (termasuk malas nak memanjat tangga rumah kedai)

5. Budget
No kidding ada kindy + daycare will cost you RM1+++. So budget aku bawah RM800.

6. Foods
Oh sebab tak ada sapa yang nak pick darling after class we prefer kindy with daycare. Foods of course provided. Tapi selalu kalau tadika yang ada mandarin ni majoriti operated by chinese. On food side a bit tricky. Memang sometime diorg ckp HALAL tp kan ramai non muslim tak faham apa itu HALAL. They thi it is PORK FREE. Which is not. Takut kang bagi chicken soup tapi ayam tak disembelih ikut syarak. So if no choice mungkin boleh bekalkan makanan dari rumah.

So with those requirement di atas left few option to choose and with few name left in the list. Names and review of the kindy in part 2 ok. Panjang sgt dah tak larat aku nak tulis. to be continue..hehehe


Wednesday, September 12, 2012

Dengan nama Allah kumulakan....

Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah kumulakan bicara. Ya Allah, lama sungguh blog ni tak berupdate. Banyak agaknya dalam fikiran yang nak dikongsikan InsyaAllah and wish akan diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk terus aktif mengupdate blog ni.
Mula tinggalkan blog nih sebab dah jadi FTWM and now masih lagi FTWM cuma mungkin ada kesempatan nak mengupdate...Alhamdulillah...
Dah hampir 2 tahun tak jenguk sini...bila kupandang belakang...MasyaAllah banyak betul sebenarnya yang dah berlaku dan yang dah berubah.

Alesya dah 2 tahun 7 bulan
- Alhamdulillah dah besaq no anak mummy. Hanya Allah yang mengetahui berapa besar rahmat yang anak ini bawakan.
- Cuma sempat breastfeed exclusively breastfeed Alesya untuk 1 tahun lebih. Sebab masa jadi SAHM dok asyik direct BF bila tinggalkan dgn baby sitter she refused bottle even with EBM. Then cuba jugak bagi formula milk, get to know she allergic to cow milk. Pastu bagi pediasure. Alhamdulillah lepas byk rintangan psal susu akhirnya dia minum jugak di rumah baby sitter. Bila aku balik kerja dia akan direct BF sepuasnya.
- Sekarang ni Alesya dah masuk kindergarten. Tadika Cahaya Ria. Ada ajar mandarin nih yet sebab dia still kecik so tak start mendarin lagi mungkin next year lah. 
- Alesya Alhamdulillah dah pandai mengira, hafal ABC, buat latihan dlm buku exercise dgn tunjuk ajar dr aku dan hubby, hafal few nursery rhymes mcm baa-baa black sheep, twinkle star, humpty dumpty, 12 buckle my shoe, wheels on the bus etc. Dah pandai lah menulis 123 or abc ikut dot2 tuh...syukran ya Allah


New family member (riishi @ danish)
-Adik Alesya si riishi ni pun dah 11 bulan. cepat sungguh masa berlalu.
-Compare to Alesya, dia nih memang lasak. Baby boy memang semua lasak gamaknya.Pandai jugak tu bergaduh ngan Alesya. Berebut barang mainan nh sokmo lah
- dah ada 6 btg gigi. Mummy selalu menjadi mangsa gigit dia nih. Mulut pun boleh tahan bising nih...:-)

Dah berpindah ke rumah sendiri
-Dulu menyewa condo di Jalan Klang Lama sekarang alhamdulillah dah pindah ke saujana puchung (ulu sehh) rumah sendiri. Memang bercadang mencari landed house sebab senang Alesya dan adik nak main basikal ke apa ke.

Entry pertama ni dah selesai. yeay...ada lagi yang nak dikongsikan nanti InsyaAllah.
Semoga hari anda dan saya lebih berkat dan lebih baik berbanding semalam.

iklan