Wednesday, September 12, 2012

Dengan nama Allah kumulakan....

Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah kumulakan bicara. Ya Allah, lama sungguh blog ni tak berupdate. Banyak agaknya dalam fikiran yang nak dikongsikan InsyaAllah and wish akan diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk terus aktif mengupdate blog ni.
Mula tinggalkan blog nih sebab dah jadi FTWM and now masih lagi FTWM cuma mungkin ada kesempatan nak mengupdate...Alhamdulillah...
Dah hampir 2 tahun tak jenguk sini...bila kupandang belakang...MasyaAllah banyak betul sebenarnya yang dah berlaku dan yang dah berubah.

Alesya dah 2 tahun 7 bulan
- Alhamdulillah dah besaq no anak mummy. Hanya Allah yang mengetahui berapa besar rahmat yang anak ini bawakan.
- Cuma sempat breastfeed exclusively breastfeed Alesya untuk 1 tahun lebih. Sebab masa jadi SAHM dok asyik direct BF bila tinggalkan dgn baby sitter she refused bottle even with EBM. Then cuba jugak bagi formula milk, get to know she allergic to cow milk. Pastu bagi pediasure. Alhamdulillah lepas byk rintangan psal susu akhirnya dia minum jugak di rumah baby sitter. Bila aku balik kerja dia akan direct BF sepuasnya.
- Sekarang ni Alesya dah masuk kindergarten. Tadika Cahaya Ria. Ada ajar mandarin nih yet sebab dia still kecik so tak start mendarin lagi mungkin next year lah. 
- Alesya Alhamdulillah dah pandai mengira, hafal ABC, buat latihan dlm buku exercise dgn tunjuk ajar dr aku dan hubby, hafal few nursery rhymes mcm baa-baa black sheep, twinkle star, humpty dumpty, 12 buckle my shoe, wheels on the bus etc. Dah pandai lah menulis 123 or abc ikut dot2 tuh...syukran ya Allah


New family member (riishi @ danish)
-Adik Alesya si riishi ni pun dah 11 bulan. cepat sungguh masa berlalu.
-Compare to Alesya, dia nih memang lasak. Baby boy memang semua lasak gamaknya.Pandai jugak tu bergaduh ngan Alesya. Berebut barang mainan nh sokmo lah
- dah ada 6 btg gigi. Mummy selalu menjadi mangsa gigit dia nih. Mulut pun boleh tahan bising nih...:-)

Dah berpindah ke rumah sendiri
-Dulu menyewa condo di Jalan Klang Lama sekarang alhamdulillah dah pindah ke saujana puchung (ulu sehh) rumah sendiri. Memang bercadang mencari landed house sebab senang Alesya dan adik nak main basikal ke apa ke.

Entry pertama ni dah selesai. yeay...ada lagi yang nak dikongsikan nanti InsyaAllah.
Semoga hari anda dan saya lebih berkat dan lebih baik berbanding semalam.

No comments:

iklan