memang cabaran untuk mengupdate blog rupanya...kekangan masa, kekangan idea dan selalunya saya rasa mau update, ada idea tapi tak tau mau mula dari mana..
hari ni kuatkan hati alhamdulillah...dan harapannya semoga saya istiqamah mengupdate...hhihihi
ok, bila saya masuk melawat blog (walau tak update datang gak jenguk) saya realised yg major keyword atau banyak pelawat yg datang bertandang sebab nak baca tentang 'petua merawat selsema bayi/newborn'. saya tak de newborn at the moment tapi nak share tentang produk dr. sneeze. produk ni boleh digunakan untuk bayi seawal usia 3 bulan. Yg bayi tua macam saya (dan anda..kekekek) of cos la boleh ye. so seisi keluarga boleh ni. kebanyakan testimoni adalah 'selsema cepat kering'.
ok ni details tentang produk ni
DrSneez adalah keluaran Drazma Wellness Marketing. Kebanyakan rawatan moden atau alternatif untuk selsema dan resdung hanya menggunakan ubat atau ramuan yang dimakan secara mulut(oral), semburan(spray) atau titisan(drop) ke hidung. Sebarang persediaan yang perlu dimakan perlu diproses oleh hati (Liver) sebelum ianya berguna untuk melegakan gejala-gejala yang berkaitan. Ini amat membebankan hati(liver) itu sendiri. Isu kesuaian umur juga perlu dipertimbangkan. Kita tahu semakin muda manusia itu, seperti kanak-kanak ,semakin kurang keupayaan hati(liver) untuk tujuan pemprosesan. Penggunaan secara semburan atau titisan yang berterusan juga boleh menyebabkan membran di dalam lapisan hidung menjadi kering dan pedih, ini mengurangkan kerelaan seseorang pengguna untuk terus menerima rawatan. Menggunakan kulit sebagai perantara atau “delivery system” dapat mengurangkan masalah ini. Dari situ timbullah kajian mengenai krim thrudermal DrSneez ini. Kami memilih untuk menggunakan bahan yang senang digunakan dan selalu digunakan oleh masyarakat.
Q:Apakah contoh-contoh gejala selsema dan resdung yang dapat dibantu?
A:DrSneez dapat mengurangkan gejal-gejala seperti hidung yang berair,selalu bersin terutamanya di awal pagi atau semasa persekitaran sejukGatal yang melampau di sekitar kawasn T di wajah.Melegakan pernafasan hidung yang tersumbat,mengurang batuk akibat selsema.Melegakan sakit kepala akibat tekanan dalam sinus.
Q: Bagaimanakah ia digunakan?
A: Cara penggunaannya amat mudah. Apa yang anda perlukan hanya sapukan sedikit lapisan nipis krim ini pada permukaan hidung dan sinus atau lebih dikenali sebagai kawasan T pada wajah. Anda dapat merasakan keberkesanan dalam waktu yang agak cepat.
Q: Apakah kandungan DrSneez ini?
A: Krim DrSneez ini diformulasikan dari bahan-bahan yang ada didapur rumah kita. Bahan aktif yang terkandung termasuk Curcumin domestica longa atau senang dipanggil kunyit, Nigella Sativa atau mudahnya habatus sauda dan Foeniculum Vulgarae atau jintan manis. Ketiga-tiga bahan yang boleh dipanggil rempah ini boleh selsema atau resdung dengan cepat dan selamat. ** jika kebetulan anda kombine dengan ubat selsema seperti piriton atau cetrizine,kesan dRSneez lebih cepat dirasai
kecik sangat ke gambarnya? korang baca sini lah.
nak tau lagi dan lagi dan lagi..pm je kat FB or email marhaliza at hotmail dot com
No comments:
Post a Comment