Monday, October 5, 2009

Nak masak apa??


My hubby will only be back about 7pm..so my routine now masak ptg...sometime i lunch with roti jer..boring mkn sorang-sorang...but then coz me 6 mths preggy food mmg kena jaga lah kan..so i make sure lah eventho x mkn nasi tp lain-lain vits i ambik..
This morning i follow hubby g jumpa mentor dia for cleaning service biz..kebetulan ada lak wet market kat sana..i pun beli lah all these vege n fish...dah plan nak masak apa..search kat internet jumpa those recepies...jom try...

Siakap 3 Rasa (credit to mesra.net for the recepi)
BAHAN A: 1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak
BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai (Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)
BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblander.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gula,garam dan daun limau purut.
BAHAN D: Karet Sudip jagung Bunga kobis
Cara:
Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A). Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat. Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit. Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Bawal 3 rasa (thanks to sudipkayu.blogspot.com) - tapi aku nak guna utk siakap..bleh kot
Bahan Utama:-
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
4 batang puting jagung, hiris serong
5 btg kcg peas
Nenas hiris secukup rasa
1 camca besar gula
Bahan Tumis:-1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair
2 btg serai..potong baji halus2
3-4 btg cili padi
Cara membuatnya:-
Siang ikan bawal, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Masukkan bahan2 tumis dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata. Masukkan semua jenis sayur dan masak 2 - 3 minit. Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.Kemudian, masukan serai & cili padi hiris td.Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul hingga sos mesra dengan ikan.
Dua resepi cukup lah...sibuk cari resepi takut nak masak lak tak sempat..hehehe

No comments:

iklan