Monday, September 27, 2010

Look who's talking

"Macam bagus jer cikgu disiplin tu syarahkan kiter sebab merokok dlm tandas...aku nampak dia pun smoking gak ari tu kat kedai mamak. Tak kisahlah dia umur baper....macam dia bagus sgt"

"Anak pak imam yang sorang tu nampak cam hancuss jer kan. Anak pak imam lagikan teruk...so aku tak kisahlah kiter camni"

Macam familiar jer kan ayat2 ni...Ayat2 di mana kita selalu bandingkan situasi kita dgn org lain sebagai tiket utk kita buat salah or...kita salahkan org lain yang cakap tak serupa bikin supaya kita boleh buat kesalahan yang sama...

Actually ni cuma peringatan utk diri aku sendiri....Bila ada kawan yang masih buat salah selepas ditegur oleh orang lain..aku cuma rasa...

Jgn lihat siapa yang berkata...cuba lihat apa yang dia kata. Jika kata-kata org tu utk kebaikan kita, tak salah utk kita ikut. Undang2 dalam agama baik untuk kita...wajib kita patuhi. Undang2 negara untuk kebaikan dan keharmonian...kita kena ikut.

Bukan apa...kalau lihat siapa yang berkata...sampai mati pun kita takkan jumpa manusia yang sempurna...sebab semua manusia ni berdosa. Lainlah kalau nabi...nabi maksum.

Hmm...utk kawan aku yang masih muda remaja.......jiwa memberontak tu memang biasa. Muda memang sekali so gunakan ia sebaik-baiknya.

Pesanan ikhlas dari aku yang tak berapa baik pencapaian semasa muda. Tapi ingat!!! Lihat apa aku kata bukan lihat diri aku yer...hahhahah

No comments:

iklan