Kerana lilin yang menerangi itulah kita di sini hari ini.
Aku harap tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari guru utk suma cikgu-cikgi di Malaysia nih. Tanpa guru sapalah aku.
Time sekolah dulu macam2 cikgu yang ada. Garang ada, lemah lembut ada..yang suka berlawak pun ada. Ada yang suka tanya soalan..kalau subjek aku tak gemar memang aku harap bleh jadi halimunan supaya tak yah kena jawab soalan. Tambah pulak kalau salah jawab kena berdiri..hehehe
Kalau cikgu yang ajar subjek fakta cam sejarah kena plak time waktu2 hujung..memang kesian ek. Mata aku cam dah nak tertutup..Apa lah cikgu fikir ek..
Cikgu zaman skang lagi lah susah. Zaman makin mencabar. Student kian advance dari segi knowledge and perangai. Kalau dulu tak buat keja sekolah alasan tinggal buku kat umah. Skang nih ntah2 kata pendrive rosak sebab tu tak leh save..hahha..manalah aku tau..dah lama tinggalkan sekolah.
Apa pun..jasa cikgu terlalu besar. Sungguh aku terhutang budi pada yang mengajar dan berkongsi ilmu denganku
No comments:
Post a Comment